Kenapa guna polis tak tentera?


Post kali ini menerangkan kenapa Malaysia guna PDRM atau komando Polis yang dikenali sebagai VAT69. Dan kenapa Malaysia tak hantar ATM dalam kes Lahad Datu.

Persoalan: Kenapa guna polis tak tentera?


1. Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.

2. Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3. Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.





Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:

1. Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.


2. Polis kita akan menangkap dan menahan. Berbeza dengan tentera. Tentera takkan menahan, mereka akan menawan.


3. Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.


4. Boleh diektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.





Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh dikawal lagi maka local area emergency (darurat setempat) boleh diisytiharkan. Dengar cerita darurat telah diistiharkan dan curfew dikuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).


Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu. Tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan. Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan local area sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?



Persoalan: Sempadan bolos.

Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang-alik. Lagi pun kawasannya luas. Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab didindingnya dan juga dikepung oleh bandar Rom. Hatta, USA pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik. Serupa dengan kes Lahad Datu, golongan yang tidak mempunyai sempadan.