Setelah tiga tahun tak jumpa Azila.


Lama woi tak jumpa si Azila ni. Tiga tahun rasanya. Last jumpa masa nak ambil result SPM. Bayangkan masa tu tahun 2011. Lepas tu tak jumpa-jumpa dah. Ada juga contact kat twitter, facebook. Tapi tetap tak se-seronok jumpa depan-depan.

Kalau si Awie, Boss ni memang selalu je jumpa kat KL. Even di Politeknik pun selalu, bosan haha. Banyak juga la benda diceritakan malam tadi. Yelah, semua rapat suatu ketika dahulu. What I mean is waktu sekolah. Kelas 5H kot! Esperanza tau!

Jalan jammed kaw-kaw malam tadi. Perayaan apa ntah kaum cina sambut. Dengar kata perayaan chap goh meh, hari terakhir. Tu yang jalan jammed gila tu. The worst la setakat aku hidup 20 tahun ni.

Dengan jammed satu hal, nak cari tempat makan pun satu hal. Mula-mula ke Hutan Bandar, tutup pula. Lepas tu hajat nak pergi ZZ Sup Tulang, Jalan Petri, JB. Sesat pula. Lama atas motor! At last jumpa juga. Boleh tahan la sup dia, aku makan sup daging je.

Tu je lah aku nak ceritakan. Yang penting aku nak cakap kat sini yang semua budak-budak Esperanza adalah adik-beradik aku. Takkan sorang pun aku sisihkan even lupakan pun. Takkan.

3rd of March 2013. Tuithendel    

Xo!