Majlis bacaan Yaasin oleh warga Cochrane.
Kehilangan seorang bekas pelajar SMK Cochrane, allahyarham Zakwan Zainal menjadi bual mulut oleh guru-guru & para pelajar di sekolah, di group facebook SMK Cochrane, di twitter oleh rakan-rakan yang mengenali arwah.
Para guru mengambil inisiatif untuk membuat program bacaan Yaasin pada hari Jumaat bertarikh 1 Mac 2013 bersamaan dengan 18 Rabiulakhir 1434 H. Hari yang mulia.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Cochrane. Terima kasih cikgu-cikgu. Kita sebuah keluarga besar yang mengambil berat antara satu sama lain.
"One for all, all for one.
Al-fatihah buat allahyarham Zakwan Zainal.